TIPS BAYAR ANSURAN KERETA DENGAN SIMPANAN EMAS
- Yazlina Saduri
- Dec 6, 2020
- 2 min read
Ini merupakan sebuah perkongsian. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada anda dan saya juga.
Sama-sama kita berusaha meningkatkan taraf ekonomi dan kehidupan kita dan keluarga kita dulu.

TIP BAYAR INSTALLMENT KERETA MENGGUNAKAN EMAS
Ini adalah teknik yang saya dapat dari blog rakan emas yang lain, teknik yang semua orang boleh buat apabila emas ada didalam tangan dimana “wang kertas” tak boleh buat.
Katakan anda ada tunai lebih kurang RM3500 dan mempunyai sebuah kereta baru yang perlu bayar installment RM400 sebulan selama 9 tahun.
Langkah 1
Anda beli barang kemas (emas) yang nilainya RM 3350
Pajakan di AR Rahnu dan mendapat cash sebanyak 70% daripada nilai emas anda.
Hasil pajakan = 70% X RM3350 = RM2512
Langkah 2
Gunakan RM2512 tadi , untuk bayar installment kereta selama 6 bulan secara “lungsum” .
Kemudian daripada gaji anda yang sepatutnya digunakan untuk membayar instalment kereta, ubah kepada untuk membayar pajakan Ar rahnu tadi.
Jadi setiap bulan anda bayar untuk tebus emas anda, dan selepas 6 bulan, anda boleh keluarkan emas daripada pajakan dan dalam masa yang sama anda dapat membayar kereta anda.

KESIMPULAN
1. Setiap 6 bulan anda tebus emas anda dan ulang balik sehinggalah kereta anda habis bayar.
2. Nampak macam “Baik bayar kereta macam biasa je tiap-tiap bulan, lagi senang, tak payah pajak”. Tapi selepas 9 tahun anda hanya dapat kereta sahaja. Bayaran tetap sama.
3. Berbanding jika ada lakukan sebegini selepas 9 tahun. Anda akan dapat kereta dan juga emas.
3. Katakan dengan RM3500 anda dapat membeli 23g emas 916 (RM150/g). Bayangkan kenaikan emas 20% setahun dan selepas 9 tahun emas 23g anda akan bernilai RM9660.
Wow!!! Jadi daripada anda mendapat Kereta sahaja, baik dapat kereta dan juga emas.
* Pengiraan ini tidak 100% tepat sebaliknya anggaran sahaja berdasarkan ramalan kebanyakan pakar tentang harga emas pada masa akan datang.
Anda juga ada hutang untuk dilangsaikan?
“INGAT: sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Hutang jika dibiarkan akan bertambah jadi bukit. Emas jika dibeli 1gram sebulan, lama-lama jadi banyak gram - boleh buat bayar hutang”
Ini satu lagi perkongsian kisah benar
Seorang kawan aku diistiharkan muflis oleh pihak bank tapi bukanlah sebab dia tak bayar hutang tapi disebabkan dia menjadi penjamin pada kawannya.

Semua akaun banknya dibekukan dan dia tidak boleh membuat pinjaman dimana -mana bank atas namanya sebab dah diblacklist. Tapi katanya alhamdullillah simpanan emasnya tiada siapa yang tahu, dan pihak bank pun tak tahu dan tak akan tahu tentang simpanan emas kita. Jadi benarlah yang EMAS MELINDUNGI KEKAYAAN KITA dan SANGAT BERGUNA KETIKA GAWAT.
Walaupun semua akaun banknya dibekukan dan tiada lagi pinjaman dari pihak bank, EMAS DALAM SIMPANANNYA SELAMAT. Dan boleh membantu dalam kehidupannya. Pada masa inilah emas sangat berguna pada tuannya.
Jadi beringatlah walaupun apa perniagaan anda, walau apapun pelaburan anda jadikan EMAS SEBAGAI BACKUP ANDA. Jika sesuatu berlaku EMAS AKAN MENYELAMATKAN KITA.
Kita simpan EMAS, kita takkan jatuh miskin walau apapun berlaku pada kita atau pada negara kita dari segi ekonomi, politik malah peperangan sekali pun, in syaaAllah kita boleh meneruskan kehidupan in syaaAllah dengan izin Allah.
Akhir kata simpanlah EMAS DALAM KEHIDUPAN KITA UTK MASA DEPAN KITA.




Comments