top of page

Emas Harga Lelong?

  • Yazlina Saduri
  • Dec 11, 2020
  • 4 min read

Updated: Dec 12, 2020

Cerita pasal emas. Sekarang ni ramai sedang viral pasal nak mula membeli & menyimpan emas. Kiri kanan jika anda follow pages kedai emas ada lelong sana lelong sini. Iya ke emas tengah murah sekarang?



Anda sudah terjebak beli emas harga lelong tetapi bila check di Ar Rahnu, rupanya bukan emas padu atau emas campuran - lain dari apa yang dijanjikan oleh penjual. #terbeliemas #scammeremas


Anda minat ber-emas? Baik lah kalau anda sendiri daftar jadi dealer emas. Bayar yuran sekali seumur hidup. Bila-bila boleh beli emas murah harga kilang. Kualiti terjamin tulen. Tak payah risau barang emas yang dok beli harga lelong tu tulen 22karat macam yang dijanjikan oleh tokey kedai, atau mix-mix.



Nota: Gambar Hiasan



Kalau anda tak berapa minat barang emas, contohnya jika anda lebih favour diamond and pearls, boleh juga beli emas jongkong. Ehh bila sebut jongkong macam seram pulak, dok terbayang jongkong besar tu. Kita sebut gold bar senang. Selain barang emas, ada opsyen gold bar atau dinar.


Dinar emas dan Gold Bar banyak kelebihan berbanding simpanan dalam bank tau. Ini saya kongsikan (credit web hargaemas.com):




KELEBIHAN DINAR

  • Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah

  • Digunakan untuk membayar zakat

  • Dijadikan hantaran dan mas kawin

  • Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang

  • Simpan untuk pergi haji

  • Tabungan/simpanan.


Gambar di atas adalah barang sebenar emas jongkong #goldbarmalaysia dan #dinaremas Semuanya ada dijual dan jika anda mendaftar sebagai Dealer Emas, anda boleh beli #emashargakilang



KELEBIHAN GOLD BAR

  • Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi

  • Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.

  • Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas,dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.

  • Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya

  • Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak,perkahwinan,simpanan hari tua ,membeli rumah dan lain-lain.


Haaa, kalau anda tak mahu beli gelang, rantai, atau cincin emas, boleh tepikan sikit duit beli gold bar dan dinar emas. Dapat 1gram sebulan pun okay dah. Kalau ada duit lebih beli gold bar yang 5gram atau 10gram. Amalkan biar konsisten. Hujung tahun depan tengok laaa nilai kilauan gold bar anda tu dah jadi berapa.


Nak kata boleh kaya sampai ada treasure chest yang melimpah mungkin tak laaa. Lainlah kalau kita terjumpa gua harta karun Ahmad Albab. Tapi kalau setakat nak kumpul beli empat lima gelang Coco, rantai lipan ke, Pulut Dakap ke, boleh ja. Tapi kalau Kak carik Gelang Bangkok ka, gelang emas donut ka, gelang sadur ka, kami tak jual ya. Kami jual barang kemas tulen 916 harga kilang saja.





Minat nak tahu macam mana nak beli gold bar 999 atau barang emas 916 (22 karat) harga kilang?





Anda antara yang nak sangat mulakan buat simpanan emas? Untuk tahun 2021, kita telah dengar pelbagai bentuk kerisauan mengenai keadaan ekonomi negara. Keadaan ekonomi dunia juga dikhuatiri akan merundum turun. Lebih teruk keadaan ekonomi negara, lebih sukar untuk kita menyimpan?


Jika anda ada pekerjaan tetap dan tidak perlu bimbang dibuang kerja, Alhamdulillah. Biarpun begitu, anda haruslah mula berfikir bagaimana cara untuk tingkatkan simpanan untuk hari tua, simpanan untuk biayai perbelanjaan pendidikan anak-anak. Sebabnya, kita sungguh tidak boleh jangka apa akan jadi dalam masa 10 tahun mahupun 5 tahun nanti.


Sebenarnya, anda BOLEH!



Perkongsian daripada leader kami Master Dealer

Formula Luar Biasa Simpanan Emas 👇👇

Formula (Simpanan Wang)

————————————


Bulan Pertama = Simpan RM200.


Bulan Ke-2= Simpan RM200.


Bulan Ke-3 = Berhenti Simpan.


Bulan Ke-4 = Terguna RM100 duit Simpanan.


Bulan Ke-5 = Terguna Lagi RM200.


Bulan ke-6 = Duit baki tak dapat dikesan.


Bulan ke-7= Give-Up 😕


Bulan ke-8 = Salahkan Tabung 🤬


Bulan ke-9 = Tabung hilang dari Radar.


Bulan ke-10 = Malas fikir 😌


Bulan ke-11 = Ntah lah 🤐


Bulan ke-12 = Cuba di Tahun baru pulak


Jumlah Simpanan = TIADA


Nota : Kerja sudah hampir 5 Tahun tapi masih tiada simpanan.

.

.


Formula (Simpanan Emas)

—————————————


Bulan Pertama = Baru mencuba simpan 1gram.


Bulan Ke-2= Simpan 2gram.


Bulan Ke-3 = Ketagih. Jadi simpan lagi 2 gram


Bulan Ke-4 = Berpuasa untuk simpan 2 gram


Bulan Ke-5 = Lihat GRAM emas makin Gila. Tambah 3gram lahh.


Bulan ke-6 = Lupakan Shoping Raya. Jadi Simpan 3 gram lagi. Yahooooo


Bulan ke-7= Harga Jatuh, cari jalan tambah 10gram.


Bulan ke-8 = Raya ala kadar,pakai mana ada ja sebab nak Simpan 4gram


Bulan ke-9 = Overtime + Partime Grab nak tambah 5 gram


Bulan ke-10 = Makin gila. Sedar-sedar TER Tambah 2gram+4gram


Bulan ke-11 = Terlupa penat berusaha bila tambah 5gram


Bulan ke-12 = Salahkan Majikan sebab bagi Bonus sikit. Tambah 4gram sahaja


Jumlah Simpanan = 47gram. 😱Fengsann! Tak percaya!!🤪


👆👆👆👆👆

Contoh yaa..


Dapat sesuatu? Cubalah ya 😁


Dulu sis mcm tu lah...simpan duit xnmpak hasil.. Simpan emas ALHAMDULILLAHHH.. Lekat dlm simpanan dah 100g++ tak sabaq nak tmbah lagi.




Website ini diharap dapat membantu anda yang minat membeli barang emas.

Website ini diharap dapat membantu anda yang ingin belajar mengenai emas.

Website ini diharap dapat membantu anda yang ingin mula menyimpan emas sebagai aset.


Anda mungkin ingin pertimbangkan untuk jadi Dealer Emas. Sebab?

Anda boleh beli emas dan anda juga boleh jual emas. Harga emas yang kita jual adalah harga terbaik #emashargakilang


Transaksi mudah ; tengok katalog online, pilih barang, bayar, tunggu barang emas sampai.

Nak beli barang emas atau nak jadi dealer yang boleh beli emas untuk diri sendiri bila-bila?




 
 
 

Comments


  • Instagram
  • Facebook

Ingin terima maklumat promosi dan OFFER melalui e-mail?

Thanks for submitting!

© 2023 by Poise. Proudly Created with Wix.com

bottom of page