ILMU EMAS Jenis Dan Kualiti Emas
- Yazlina Saduri
- Dec 6, 2020
- 2 min read
Jom belajar serba sedikit mengenai Jenis dan Kualiti Emas
=========================

Gambar Hiasan: Credit Google
▪️Standard Emas Di Malaysia
#Mutu999 – 24Karat
#Mutu950 – 23Karat
#Mutu916 – 22Karat
#Mutu875 – 21Karat
#Mutu835 – 20Karat
#Mutu750 – 18Karat
#Mutu585 – 14Karat
#Mutu375 – 9Karat
▪️Apakah yang dimaksudkan dengan karat?
✅✅✅ Karat adalah sistem pengukuran kandungan emas contoh :
▪️Mengapakah emas perlu campuran?
1⃣Emas tulen sifatnya amat lembut dan tidak sesuai untuk kegunaan harian maka ia perlu dicampur dengan logam lain supaya tahan lasak dan lebih keras. semakin tinggi mutu emas 999 semakin lembut emas@ barang kemas.
▪️Kandungan dan keterangan emas sebagaimana berikut :
1⃣) #Emas999
• Mempunyai kandungan 99.9% emas tulen
• Di kenali juga sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)
• Kebanyakkan berbentuk ‘gold bar’ dan ada juga berbentuk barang kemas tetapi lembut.
• Emas 999 berwarna kekuning-kuningan
2⃣) #Emas916
• Mempunyai kandungan 91.6% emas tulen & 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
• Amat terkenal dan popular dalam kalangan peminat emas diseluruh Malaysia.
3⃣) #Emas835
• Mempunyai kandungan 83.5% emas tulen & 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya.
• Di kenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)
4⃣) #Emas750
• Mempunyai kandungan 75% emas tulen & 25% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 18 Karat (18K)
• Sangat sesuai untuk mengikat batu permata kerana lebih keras
5⃣) Emas 375
• Mempunyai kandungan 37.5% emas tulen & 62.5% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya.
• Di kenali juga sebagai Suasa atau Emas 9 Karat (9K)
• Sangat sesuai untuk mengikat batu permata kerana lebih keras
• Warnanya kemerah-merahan seperti tembaga.
Anda nak tahu lebih lanjut mengenai cara jana pendapatan tambahan sebagai dealer emas?




Comments