KENAPA HARGA KILANG DAN HARGA KEDAI EMAS BERBEZA?
- Yazlina Saduri
- Dec 7, 2020
- 2 min read
Mari saya kongsikan info yang sering ditanya bagi yang tahu. Bagi yang belum tahu, info ini pasti berguna.

KENAPA HARGA KILANG DAN HARGA KEDAI EMAS BERBEZA?
Kenapa harga di kedai nampak rendah daripada kilang?
Harga kedai mempamerkan harga per/gram emas yang murah
1. Kerana bersaing antara kedai emas
2. Untuk menarik perhatian pelanggan
3. Untuk menunjukkan bahawa pelanggan mendapat kedai yang murah
Tetapi tahukah anda, bahawa dalam pembelian emas... Bukan
setakat HARGA PER/GRAM yang perlu kita tahu tetapi juga UPAH.
Tetapi di kedai, upah selalu TAK sama setiap hari malah boleh pula diubah-ubah dan dikurang-kurangkan.
Sekarang secara logik, apa yang berubah sebenarnya dalam pasaran emas?
Harga emas per/gram @ upah?
Sudah tentu Harga emas per/gram. Sebab harga emas ikut pasaran harga dunia.
BUKAN UPAH
(Di kedai harga nampak TIDAK berubah selalu. Tetapi tahukah anda yang berubah adalah upah)
Boleh rujuk https://goldprice.org
Dan
https://www.kitco.com/
Tetapi di kilang. Upah kami tetap (fix) dan sangat termurah... Boleh layari katalog emas kami.
Kilang mengikut harga pasaran dunia setiap MINIT.
KEDAI? mereka pun ikut tetapi akan membuang keuntungan melalui upah yang dikenakan.
Logiknya... Sesebuah kedai emas perlu menjual emas untuk keuntungan sebab mereka perlu menanggung kos pelbagai (kos utiliti, kos sewa kedai, kos pekerja kos beli emas, dan kos lain). Tak kanlah mereka akan menjual lebih rendah daripada harga kilang?
Dan mereka sendiri membeli daripada kilang.
Dan siapakah kami? Kami ialah dealer yg menjadi ahli kilang kerana kilang ingin memberi peluang kepada Bumiputera yang tiada modal utk muka kedai emas kerana nilai emas bukan murah.
Dan sebagai ahli kilang, kami memang akan beritahu secara telus harga pasaran tetapi harga pasaran kilang lebih rendah dari harga persatuan emas Malaysia... Boleh rujuk harga emas.
https://www.hargaemas.com.my/
Jadi fahami situasi kenapa kalian nampak harga emas di luar nampk murah.... sebab itu saya ajar anda. Jangan tengok harga per/gram. Tengok sama upah dan paling penting tengok HARGA BELIAN, iaitu harga yang perlu anda bayar.
Banyak yang kita boleh belajar hanya dengan menjadi dealer berdaftar emas.
Dah ready nak pecut?




Comments